Posts

Showing posts from March, 2016

Random Talk #02

Tarkala hati ini seringkali berbisik, "Berubahlah. Bertaubatlah. Cubalah untuk berubah. Lupakan perkara yang lalu; yang telah menjatuhkan maruahmu sedikit demi sedikit ibarat span yang makin lusuh diguna pakai orang. Perlahan-lahan cuba untuk mendaki kearah kebaikan yang hakiki. Yang deredhai oleh Ya Rabb." Tatkala hati berbisik, aku kelu. Aku mula merasa dengki. Dengki dengan akhlak makhluk-makhluk yang lain. Cemburu kerana mereka boleh melepaskan segala kerinduan kepada-Nya manakala aku masih lagi terperangkap dalam hiburan dunia. Kadang aku sedih. Air mataku tiba-tiba mengalir dari lingkaran mataku. Mula aku berbisik kembali dalam diri... "Adakah air mataku ini air mata yang ikhlas dari diriku untuk berubah atau hanyalah suatu lakonan untuk menagih simpati dari makhluk-makhluk sekeliling?" Sejak dari itu, aku mula menyendiri...

Random Talk #01

Pernah sekali kau mengatakan dia seperti paus Paus yang terlalu besar sehingga tidak boleh menampung dirinya lagi Perlu bantuan orang hanya untuk bangkit Dengan perit dan sakitnya diuji tusukan cacian sehingga berlubang Mula bersangka buruk pada Ilahi "Kenapa perlu aku menerima ujian sedemikian rupa?" Makin jauh Makin jauh dek kerana keluh kesah yang tidak berkesudahan Ini baru ujian kecil Nak engkau berusaha lagi. Buktikan kepada landak-landak itu Kamu boleh buat. Kamu boleh buat. Cacian menjadi bahan api Hidupkan enjin yang lama ditinggalkan Mula digosok balik jiwa Menjadi hati kering Mata buta tidak melihat persepsi orang Kerana dia percaya dengan persepsi diri. Jangan risau Percayalah Semua akan berakhir...... NAM 26032016