Random Talk #01
Pernah sekali kau mengatakan dia seperti paus
Paus yang terlalu besar sehingga tidak boleh menampung dirinya lagi
Perlu bantuan orang hanya untuk bangkit
Dengan perit dan sakitnya diuji tusukan cacian sehingga berlubang
Mula bersangka buruk pada Ilahi
"Kenapa perlu aku menerima ujian sedemikian rupa?"
Makin jauh
Makin jauh dek kerana keluh kesah yang tidak berkesudahan
Ini baru ujian kecil
Nak engkau berusaha lagi. Buktikan kepada landak-landak itu
Kamu boleh buat. Kamu boleh buat.
Cacian menjadi bahan api
Hidupkan enjin yang lama ditinggalkan
Mula digosok balik jiwa
Menjadi hati kering
Mata buta tidak melihat persepsi orang
Kerana dia percaya dengan persepsi diri.
Jangan risau
Percayalah
Semua akan berakhir......
NAM
26032016
Comments
Post a Comment