Posts

Showing posts from August, 2014

Story of Truth 2: Senyumlah, Syukurlah…

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Senyumlah. Jangan bersedih. Tetapi bersyukurlah. Memang topik saya pada hari ini agak sedikit implied tetapi topik kali ini memang ada kena mengena dengan kondisi masyarakat pada masa kini. Tatkala kita melihat ramai manusia yang bergembira dengan keputusan cermelang dan kejayaan yang mereka kecapi, ada dari kalangan kawan-kawan mereka yang tidak mendapat apa yang mereka kehendaki. Mendapat keputusan yang tidak memuaskan, tidak berjaya untuk memasuki instutusi pengajian tinggi, kecewa kerana tidak mendapat pekerjaan dan sebagainya. Apa yang mereka tidak ketahui ialah, golongan ini mula untuk berfikir secara negatif. Kenapa mereka tidak terpilih? Mengapa mereka tidak dapat keputusan yang mereka idamkan? Adakah mereka masih tidak cukup usaha? Bagaimana mereka yang tidak nampak seperti belajar boleh mendapatkan keputusan yang terbaik? Mengapa? Kenapa? Apabila mereka mula berfikir sedemikian, mereka mula mengalami tekanan perasaan. Apabila mereka t...

Story 1: Surat Kepadamu, 'Qurratul Nawra

Wahai Sahabatku, Kehidupan sebagai seorang manusia tidak semudah apa yang disangka. Setiap perjalanan yang kita hadapi pasti akan datang banyak dugaan dan cabaran; ujian-ujian dari Yang Maha Esa yang kita sendiri tidak dapat untuk menduga. Insan yang digelar sebagai manusia; insan yang digelar umat yang teristimewa; dicipta khas oleh sang Pencipta seluruh alam. Insan yang telah diberikan keunikan yang lain daripada yang lain; akal fikiran, kebijaksanaan. Manusia telah diberikan keunikan ini, amat berbeza daripada makhluk-makhluk lain di atas muka bumi. Sesekali kita melihat, kejayaan orang lain yang mereka peroleh daripada hasil titik peluh mereka sendiri; mereka berusaha keras mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan, kemahiran-kemahiran demi hanya untuk satu matlamat, supaya suatu hari nanti mereka dapat berbakti kepada masyarakat serta rakyat yang telah membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada mereka berasaskan semangat dan sokongan si pembimbing. Adakalanya, dalam kita mengecapi k...