Story of Truth 2: Senyumlah, Syukurlah…
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Senyumlah. Jangan bersedih. Tetapi
bersyukurlah. Memang topik saya pada hari ini agak sedikit implied tetapi topik kali ini memang ada kena mengena dengan
kondisi masyarakat pada masa kini. Tatkala kita melihat ramai manusia yang
bergembira dengan keputusan cermelang dan kejayaan yang mereka kecapi, ada dari
kalangan kawan-kawan mereka yang tidak mendapat apa yang mereka kehendaki.
Mendapat keputusan yang tidak memuaskan, tidak berjaya untuk memasuki instutusi
pengajian tinggi, kecewa kerana tidak mendapat pekerjaan dan sebagainya. Apa
yang mereka tidak ketahui ialah, golongan ini mula untuk berfikir secara negatif.
Kenapa mereka tidak terpilih? Mengapa mereka tidak dapat keputusan yang mereka
idamkan? Adakah mereka masih tidak cukup usaha? Bagaimana mereka yang tidak nampak
seperti belajar boleh mendapatkan keputusan yang terbaik? Mengapa? Kenapa?
Apabila mereka mula berfikir sedemikian, mereka mula mengalami tekanan
perasaan. Apabila mereka tidak dapat mengawal tekanan perasaan ini, mereka mula
melakukan perkara-perkara di luar jangkaan seperti kemurungan yang teruk atau
yang paling teruk, bunuh diri. Daripada kita berfikir sedemikian, jom kita kaji
balik diri kita. Kenali balik diri kita. Muhasabah diri, paling senang nak
disebut. Apakah kelemahan kita? Apakah kesalahan kita? Adakah diri kita layak
untuk memperbaiki diri kita? Dan yang paling utama sekali yang perlu kita fikir
ialah:
Saya pun ada masalah sama.
Apabila saya melihat keputusan saya yang tidak memuaskan, saya mula berfikiran negatif.
Apabila saya melihat kawan-kawan lain mendapat keputusan yang cemerlang, saya
mula menyendiri. Tekanan perasaan dan kemurungan mula menghantui saya, ditambah
pula dengan desakkan dan expectations
daripada keluarga, saudara-mara dan sahabat handai mereka. Saya akan sentiasa
berada dalam bilik saya, cuba menyendiri daripada orang lain; tak nak berjumpa
dengan mereka kerana saya tahu apa soalan-soalan yang saya bakal jawab kepada
mereka. Kegelapan mula menyelubungi diri setiap hari sehingga saya cuba untuk
mencari buku yang saya telah beli sewaktu saya belajar di UiTM dulu. Buku itu
tidak pernah saya usik. Tiba-tiba, hati saya mula terdetik, berkata dari naluri
yang saya perlu membaca buku ini. ‘Hidup Penuh Erti’, itulah tajuk buku yang saya
baca. Semasa saya mula membaca buku itu, saya mula berfikir sedikit demi
sedikit tentang kelakuan saya pada masa lepas. Buku ini telah mengajar saya
erti kehidupan yang sebenar; iaitu kehidupan yang sentiasa diredhai oleh Allah
SWT. Saya mula memperbaiki kelakuan dan tingkah laku saya sedikit demi sedikit walaupun
habit lama saya masih tidak berubah. Saya cuba untuk mengenali Allah SWT secara
dekat dan cuba untuk bermuhasabah diri. Mungkin ini akan mengambil masa yang
lama untuk memperbaiki diri, tapi saya tahu perkara utama yang saya boleh
befikiran demikian;
Selama ini, saya telah menjauhkan diri dari Allah SWT.
Saya cuba dengan sebaik mungkin untuk memperbaiki hubungan saya dengan Allah
SWT serta mendekatkan diri kepadanya.
Ok, Inilah buku yang saya baca. Hidup Penuh Erti by Hilal Asyraf dan Aiman Azlan
Apabila
kita renung diri kita, cermin diri kita, kita pasti akan terfikir yang kita
mungkin ada kekurangan dalam diri kita. Bukan kita nak cakap diri kita 100% perfect human being,bukan tetapi
kita ingin cakap setiap manusia ada kelemahan diri mereka masing-masing. Apabila
kita berada dalam keadaan sedemikian, kita perlu fikir bahawa semua ini adalah
ujian daripada Allah SWT kepada kita, umat manusia. Allah SWT tidak akan
membantu sesuatu umat kecuali umat tersebut bantu diri mereka seperti firman
Allah SWT dalam Surah Ar-Ra’d, ayat
11:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum, melainkan kaum itu berusaha terlebih dahulu, mengubah apa yang ada
di dalam dirinya.
Bagaimana
kita hendak menghadapi situasi ini? Kita perlu redha dengan apa yang Allah SWT
bagi kepada kita. Redha itu bermaksud terima dengan seadanya. Kita perlu terima
bahawa Allah SWT beri kita ujian ini supaya kita lebih mendekatkan diri kepada
Allah SWT serta cuba untuk memperbaiki diri kita dengan sebaik mungkin. Kita
juga perlu bersyukur di atas segala yang Allah SWT beri kepada kita. Semua
rezeki yang kita dapat datang daripada Allah SWT. Mungkin Allah SWT beri kita
ujian ini kerana ada hikmah di sebalik semua kejadian ini. Sentiasa
berprasangka baik dengan Allah SWT dan janganlah kita berprasangka buruk terhadap-Nya.
Kita perlu sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepada
mereka yang berjaya dalam hidup. Kepada yang tidak berjaya, kita perlu redha
dengan ketentuan Ilahi dan cuba untuk bermuhasabah diri serta memperbaiki diri
kita.
Oh
ya, saya terlupa nak sentuh tentang SENYUM. Ya, kenapa kita perlu senyum dalam
hal ini. Senyum tu sebenarnya dapat memberikan energi positif kepada kita.
Walaupun kita menghadapi banyak dugaan dan cabaran terutamanya apabila kita
menyentuh tentang bab pelajaran dan alam pekerjaan, kita perlu sentiasa senyum
apabila berhadapan dengan kawan-kawan atau saudara-mara yang lain. Jangan
tunjukkan bahawa kita kecewa, lemah dan hampa. Kita perlu sentiasa senyum
kerana kita tahu setiap perancangan Allah SWT telah disusun amat cantik untuk
kita semua. Allah SWT telah menyediakan perancangan yang terbaik untuk kita
kerana Allah tahu apa yang kita rancang tidak semestinya akan membawa kesan
yang baik buat kita. Kita perlu sentiasa percaya kepada Allah SWT dan terus
bertawwakal kepada-Nya. Senyumlah sebagai satu sedekah.
Jadi,
senyumlah kerana Allah SWT, Yang Maha Pemurah lagi Yang Maha Mengasihi. Janganlah
bersedih kerana semua ini adalah satu ujian, satu hadiah yang istimewa daripada
Allah SWT kepada kita. Sentiasa bersyur di atas segala rezeki yang kita terima
dan berterima kasihlah kepada Allah SWT atas segalanya. Buangkan pemikiran negatif
dan ambilah perkara-perkara positif kepada kita seperti bak kata pepatah Melayu
lama, buang yang keruh, ambil yang jernih.
Itu sahaja post saya wat kali ini. Kalau saya ada masa nak update blog saya, Insyaallah
saya akan kemukakan topik yang menarik kalian. Sehingga kita berjumpa lagi.
Selamat Sejahtera dan Assalamualaikum…



Comments
Post a Comment